Sabtu, Oktober 03, 2009

Membazir amalan syaitan

Islam itu mudah dan indah. Lihat dalam bab anjuran bersyukur. Walau sikit rezeki yang kita dapat, Allah SWT suruh bersyukur. Lagi banyak rezeki lagi patut banyak-banyak syukur.

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi ni'matKu kepada kamu dan jika kamu kufur engkar sesungguhnya azab siksaKu amatlah keras".

Dalam bersyukur ini kekadang ada segelintir umat Islam ambil tak pandang perintah Allah ini. Sehingga ada yang boros dan membazirkan rezeki yang Allah beri itu. Dibelanjakan ke tempat yang dilarang Allah seperti berjudi, minum arak, berzina (mencari pelacur) dan ada pula makan dibuang-buang kerana tidak bijak menguruskan kerana dia masak makanan untuk 10 orang tapi lebih masak untuk 13 orang, lepas tu dibuang sebab dah basi.

Ingatlah, Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Marilah kita amalkan sifat suka bersyukur, jauhi sama sekali sifat atau sikap kufur itu. Kemudian jangan kita menjadi saudara syaitan dengan sebab amalan suka membazir atau boros.

Pendek kata, umat Islam mesti hayati dan amalkan sifat terpuji suka bersyukur kerana mendapat apa jua ni'mat atau rezeki kurniaan Allah walau sedikit hatta sejumlah 10 sen atau dihadiahkan semangkuk kuah kari ayam atau seumpamanya, syukurilah.

Dan jangan sekali-kali cuba mengamalkan amalan suka membazir, walau sekadar membuang sesudu nasi, 5 sen atau sebagainya. Yakinlah, bahawa dengan mengamalkan perintah Allah atau Syariat-Nya dalam Islam ini pasti hidup umat Islam akan lebih baik, berkat dan sentiasa dalam lindungan serta keredhaan Allah SWT, insya Allah.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Bertukar, berpindah dan berhijrah

Bila sahabat baik saya telah bertukar atau dipindahkan tempat bertugas kerana naik pangkat. Tentu ucapan tahniah buatnya.

Bila dia ditukar atau berpindah kerana lain. Saya ucapkan tahniah juga, moga ditempat baru nanti lebih banyak manfaat dan hikmahnya untuk diri, pejabat baru, kawan baru dan persekitaran baru.

Ingatlah, peristiwa Hijrah Rasulullah SAW bersama sahabatnya, Saidina Abu Bakar RA dari Makkah ke Madinah.

Rasulullah SAW dan Abu Bakar berhijrah juga maknanya bertukar tempat dan pindah negeri atau kampung. Banyak pengajarannya untuk kita semua.

Bertukarnya sahabat saya itu. Pastilah kita akan terpisah. Tapi kita tidak terpisah dalam persahabatan dan persaudaraan.

Bertukar atau berpindah tempat kerja, jawatan dan sebagainya. Tentu kita tidak hilang iman, tidak hilang ilmu, tidak hilang amal soleh, tidak hilang maruah, tidak hilang kawan dan lain-lain.

Lihat saja Rasulullah SAW dan Abu Bakar pindah dari Makkah ke Madinah, Islam lebih diterima dan Rasulullah SAW mendapat sokongan luar biasa.

Akhirnya, kembali ke Makkah dengan kecemerlangan dan kegemilangan membawa obor iman yang menumbangkan kejahilan masyarakat Jahiliyah...

Hijrah itu pembangunan
Hijrah itu perubahan
Hijrah itu keimanan
Hijrah itu kegemilangan
Pindah dan tukar itu pasti ada hikmah dan kemuliaan yang tersembunyi...
Allah jua Yang Maha Mengetahui...

Solat dan Sujudlah

Solat itu tiang agama.

Rasulullah SAW awal-awal lagi telah memberikan peringatan kepada ibubapa supaya mengajar anak-anak kita dari kecil lagi tentang Solat, kemudian jika mereka sudah berumur 7 tahun suruhlah anak-anak kita menunaikan Solat 5 waktu.

Sabdanya yang bermaksud: "Suruhlah anak-anak kamu Solat bila telah berumur tujuh tahun dan pukullah (pukul mendidik) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun (kerana tidak mahu Solat) dan pisahkan tempat tidur mereka (antara anak lelaki dengan anak perempuan)" (HR Abu Daud).

Keutamaan Banyak Sujud

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Paling dekat seorang hamba kepada Tuhannya ialah ketika dia bersujud, maka perbanyakkanlah doa (semasa sujud)" (HR Muslim)

Inilah kelebihan ibadah dalam Islam. Kenapa kita tidak rebut peluang besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita semua. Sungguh rugilah orang yang tidak melihat kelebihan dan keutamaan Solat dan sujud dalam hidup ini sebagai hamba Allah.

Indahnya Islam

Islam mengharuskan umatnya bersenda-gurau dan bermain. Yakni senda gurau dan bermain-main yang tidak melampau dan tetap dalam batas akhlak mulia.

Jauhi senda gurau dan bermain yang mengaibkan, menyakitkan hati dan lain-lain seumpamanya.

Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Bersenda-guraulah kamu dan bermainlah kamu. Sesungguhnya aku tidak suka kalau terjadi kekerasan dalam agama kamu". (HR Al-Baihaqi)

Perlu diingatkan tujuan senda gurau atau bermain-main itu ialah untuk menghibur dan mengelakkan daripada situasi tekanan. Relakslah sebentar...sambil bergurau senda dengan isteri/suami, anak-anak, ahli keluarga. Jika di pejabat berguraulah dengan rakan/sahabat di pejabat dan sebagainya.

Sesungguhnya banyak hikmah dan kebaikan senda gurau itu.

Mudahnya Islam

Islam adalah penyelamat

Setiap umat Islam berfungsi sebagai penyelamat kepada saudaranya seIslam dan semua orang, ini yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Seorang Islam (muslim) itu ialah siapa yang menyelamatkan orang Islam dari (angkara) lidahnya dan tangannya. Seorang beriman (pula) ialah siapa yang dipercayai oleh seluruh mukmin terhadap jiwa-jiwa mereka dan harta benda mereka..." (HR Bukhari)

Islam itu menyelamatkan semua orang. Asal penganutnya benar-benar fahami, hayati dan praktikkan ajaran dan Syariatnya.

Awasilah angkara lidah. Batasilah angkara tangan.

Jumaat, September 25, 2009

ISLAM ITU MUDAH DAN SEDERHANA

Ucapan Syeikh Al-AzharDi Dewan Muktamar Pusat Islam,Kuala LumpurPada 19 Ogos 1998

Saya amat gembira sekali apabila berada di negara Malaysia. Setiap rakyat negara Mesir amat menghormati dan mengasihi negara ini kerana Islam telah menyatupadukan hati kita semua dan menjadikan kita satu umat sepertimana firman Allah yang bermaksud:'Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Daku'. (Surah al-Anbiya’ : 92)

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=460

Islam itu mudah

"Sesungguhnya agama ini mudah dan tiada seorang yang dapat mempersulitkan agama................" Hadith Bukhari