Jumaat, Oktober 02, 2009

Bertukar, berpindah dan berhijrah

Bila sahabat baik saya telah bertukar atau dipindahkan tempat bertugas kerana naik pangkat. Tentu ucapan tahniah buatnya.

Bila dia ditukar atau berpindah kerana lain. Saya ucapkan tahniah juga, moga ditempat baru nanti lebih banyak manfaat dan hikmahnya untuk diri, pejabat baru, kawan baru dan persekitaran baru.

Ingatlah, peristiwa Hijrah Rasulullah SAW bersama sahabatnya, Saidina Abu Bakar RA dari Makkah ke Madinah.

Rasulullah SAW dan Abu Bakar berhijrah juga maknanya bertukar tempat dan pindah negeri atau kampung. Banyak pengajarannya untuk kita semua.

Bertukarnya sahabat saya itu. Pastilah kita akan terpisah. Tapi kita tidak terpisah dalam persahabatan dan persaudaraan.

Bertukar atau berpindah tempat kerja, jawatan dan sebagainya. Tentu kita tidak hilang iman, tidak hilang ilmu, tidak hilang amal soleh, tidak hilang maruah, tidak hilang kawan dan lain-lain.

Lihat saja Rasulullah SAW dan Abu Bakar pindah dari Makkah ke Madinah, Islam lebih diterima dan Rasulullah SAW mendapat sokongan luar biasa.

Akhirnya, kembali ke Makkah dengan kecemerlangan dan kegemilangan membawa obor iman yang menumbangkan kejahilan masyarakat Jahiliyah...

Hijrah itu pembangunan
Hijrah itu perubahan
Hijrah itu keimanan
Hijrah itu kegemilangan
Pindah dan tukar itu pasti ada hikmah dan kemuliaan yang tersembunyi...
Allah jua Yang Maha Mengetahui...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan