Jumaat, Oktober 02, 2009

Solat dan Sujudlah

Solat itu tiang agama.

Rasulullah SAW awal-awal lagi telah memberikan peringatan kepada ibubapa supaya mengajar anak-anak kita dari kecil lagi tentang Solat, kemudian jika mereka sudah berumur 7 tahun suruhlah anak-anak kita menunaikan Solat 5 waktu.

Sabdanya yang bermaksud: "Suruhlah anak-anak kamu Solat bila telah berumur tujuh tahun dan pukullah (pukul mendidik) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun (kerana tidak mahu Solat) dan pisahkan tempat tidur mereka (antara anak lelaki dengan anak perempuan)" (HR Abu Daud).

Keutamaan Banyak Sujud

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Paling dekat seorang hamba kepada Tuhannya ialah ketika dia bersujud, maka perbanyakkanlah doa (semasa sujud)" (HR Muslim)

Inilah kelebihan ibadah dalam Islam. Kenapa kita tidak rebut peluang besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita semua. Sungguh rugilah orang yang tidak melihat kelebihan dan keutamaan Solat dan sujud dalam hidup ini sebagai hamba Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan